Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Malaysia PKR
GMI, Angkatan Muda PKR dan PAS NS 
Anjur Teater Kesedaran Rakyat



Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan kerajsama Pemuda PAS Negeri Sembilan dan Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan menganjurkan Pementasan Teater Rakyat pada 19 Jun 2005, 8.00 malam bertempat di Dewan Waa Chai, Seremban.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, teater rakyat yang dipentaskan merupakan karya dan arahan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishamuddin Rais. Kata Badrul Hisham, pementasan yang bertajuk “Tok Sloo” dan “Bilik Sulit” ini membongkar kejadian di sebalik penahanan rakyat Malaysia di bawah ISA dan kepincangan pentadbiran negara.
Beliau berkata demikian ketika memberi maklumat mengenai program anjuran bersama Pemuda PAS Negeri Sembilan, AMK dan GMI itu kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Ujar Badrul Hisham, Hishmamuddin sebelum ini pernah mengarahkan filem “From Jemapoh ke Manchester” menyifatkan walaupun di pentaskan secara komedi tetapi mempunyai masej yang jelas.

Menurut Badrul hisham Shaharin, roadshow teater rakyat itu merupakan sebahagian daripada usaha-usahan kreatif aktivis penentang kezaliman ISA dan pencinta keadilan dan kebenaran melonjakkan kempen “Malaysia Bebas dari ISA” yang dilancarkan akhir tahun lalu.

Selain teater itu juga program yang sama akan melibatkan ceramah ringkas oleh wakil GMI, bekas tahanan ISA dan isteri tahanan ISA. Melalui roadshow teater itu katanya, GMI berharap semua pihak akan lebih perihatin tentang keburukan penggunaan ISA selain berusaha ke arah memansuhkan undang-undang zalim tersebut.

AMK dan GMI mengalu-alukan seluruh rakyat Negeri sembilan hadir bersama menyaksikan pementasan yang diadakan secara percuma.

Sebarang pertanyaan sila hubungi terus Badrul Hisham di talian (017-6688404)

- Badrul Hisham Shaharin - 13.06.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: