![]()
Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Malaysia PKR
Nota Peringatan Sempena Hari Ibu 2005:
Surirumah Mangsa Kezaliman Kegagalan Kerajaan Kawal Inflasi
![]()
Angkatan Muda
Youth Movement
Parti Keadilan Rakyat
Peoples Justice Party
17 Mei 2005Kepada
YB Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan MasyarakatNota Peringatan Sempena Hari Ibu 2005: Surirumah Mangsa Kezaliman Kegagalan Kerajaan Kawal Inflasi
Kaum Ibu merupakan golongan yang paling banyak terjejas apabila kenaikan inflasi yang tidak terkawal di negara ini. Golongan ini tersepit dengan tanggungjawab menguruskan keluarga dalam pendapatan yang terhad dan kos hidup yang meningkat. Ramai golongan ibu bukan sahaja terpaksa bekerja tetapi terpaksa bekerja lebih masa demi memenuhi tuntutan hidup.
Kerajaan seharusnya lebih peka mengenai permasalahan ini yang boleh menyebabkan kepincangan lansung dalam institusi masyarakat.
Peningkatan harga barang berikutan berikutan kenaikan petrol dan diesel memyebabkan golongan surirumah paling merasai kesanya. Ini kerana kebanyakan barang yang naik harga adalah barang yang berkaitan dengan keperluaan asas rumah. Ini termasuk barang-barang dapur yang dibeli secara harian oleh golongan ibu atau suri rumah.
Peningkatan kos hidup tanpa peningkatan taraf hidup menyebabkan beban kewangan bertambah di dalam sesebuah keluarga. Ini pastilah juga menjejaskan pendapatan isi rumah yang sekarang ini hanyalah pada sekitar RM1000 per keluarga.
Kerana itu, kami mendesak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, membuat satu kajian khas untuk menyatasi masalah ini. Kebimbangan kami adalah dengan kenaikan kos sara diri, taraf sosial keluarga akan morosot dan akan turut menyumbang kepada kejadian jenayah dan masalah sosial dikalangan remaja.
Bermula dari kenaikan tol, harga petrol dan diesel, kenaikan tambang teksi dan bas hinggalah kenaikan harga ikan, sayur dan barang-barang runcit. Kerajaan tidak boleh menyalahkan peniaga menaikkan harga barang-barang kerana mereka sebenarnya belajar dari kerajaan kita sendiri iaitu tidak mahu menanggung beban dengan mengalihkan kos dan tangunggjawab kepada pengguna sepenuhnya.
Setiap kali kenaikan berlaku kerajaan akan cuba menghalalkan kenaikan itu dengan membezakan harga di Malaysia dengan harga – harga di negara lain. Contohnya menurut satu maklumat carian internet di England harga ikan kembung beku ialah kira – kira 1 setengah pound (kali 7 bersamaan RM 10.50) , di Malaysia pula harga ikan kembung segar juga sekitar RM10-00 sekilo. Jadi harga ikan kita hampir sama dengan England tetapi adakah kadar upah kita sama dengan mereka.
Kerana itu, kami mendesak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuat satu kajian khas untuk menyatasi masalah ini. Kebimbangan kami adalah dengan kenaikan kos sara diri tanpa mengira keseimbangan dengan pendapatan akan mengakibatkan, taraf sosial keluarga morosot dan akan menyumbang kepada kejadian jenayah dan masalah sosial dikalangan remaja.
Hidup makin tertekan khususnya bagi golongan ibu atau suri rumah. Golongan suri rumah kini terpaksa menanggung beban dengan dipaksa bekerja dan yang sememangnya bekerja kini dipaksa bekerja lebih masa.
Dalam keadaan sekarang bagaimana kita mahu membenteras rasuah. Dalam keadaan terdesak siapa yang tidak gelap mata sekiranya dihulurkan sejumlah wang di depan mata kecuali seseorang itu benar-benar kuat imannya.
Demikian juga bagaimana kita mahu menyahut seruan rumahku syurgaku apabila ibu bapa terpaksa bekerja bertungkus lumus dan bekerja lebih masa untuk mengisi periuk nasi masing-masing. Keluar pagi dan pulang lewat tengah malam. Bila masa mahu bermesra bersama keluarga dan bila masa mahu menyemak kerja sekolah anak-anak bahkan bayang anak pun tidak sempat tengok. Bagaimana keadaan anak-anak di rumah, dengan siapa mereka berkawan tak sempat diambil kira
Bersempena dengan Hari Ibu 2005, Biro Pembangunan Wanita , Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkara ini dan mendesak YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang digajikan menggunakan wang cukai rakyat agar mengambil perhatian khusus mengenai golongan sasaran kementerian yang kini sedang dihimpit kehidupanya kerana kegagalan kerajaan menghadapi kenaikan harga barang yang mengakibatkan inflasi.
Disediakan oleh
Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman
Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia
merangkap Pengerusi Biro Pembangunan Wanita
17.05.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)