Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Malaysia PKR
Jemputan Sambutan Hari Ibu


Angkatan Muda
Youth Movement
Parti Keadilan Rakyat
Peoples Justice Party
14 MEI 2005

Kaum Ibu merupakan golongan yang paling banyak terjejas apabila kenaikan inflasi yang tidak terkawal di negara ini. Golongan ini tersepit dengan tanggungjawab menguruskan keluarga dalam pendapatan yang terhad dan kos hidup yang meningkat. Ramai golongan ibu bukan sahaja terpaksa bekerja tetapi terpaksa bekerja lebih masa demi memenuhi tuntutan hidup.
 
Kerajaan seharusnya lebih peka mengenai permasalahan ini yang boleh menyebabkan kepincangan lansung dalam institusi masyarakat.
 
Bersempena dengan Hari Ibu 2005, Biro Pembangunan Wanita , Angkatan Muda Malaysia, parti Keadilan Rakyat akan mengadakan
 
Sambutan Hari Ibu 2005
(penghantaran memorandum "Ibu Mangsa Kezaliman Kenaikan Inflasi tak terkawal")
 
Tarikh    : 17 Mei 2005 (Selasa)
Masa     : 10.45 pagi
Tempat  : hadapan Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kompleks Kerajaan, Bukit Perdana, Jln Dato Onn (Pejabat YB Dato Sharizat Jalil)
 
Acara : Ucapan ringkas Pemimpin, Penghantaran Memo kepada Menteri, Nyanyian dll.
 
Sehubungan dengan itu tuan / puan wakil pertubuhan politik, NGO dan individu yang prihatin mengenai perkara ini di jemput datang bersama - sama. Kami juga menjemput pihak media (wartawan) untuk turut hadir membuat liputan peristiwa ini.
 
Sebarang Pertanyaan sila hubungi chegubard 0163242564 / email : penerangan_keadilan@yahoo.com
 
Sekian dan terima kasih
 
Yang Benar
 
Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman
Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia
merangkap Pengerusi Biro Pembangunan Wanita
14.05.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: