![]()
Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Malaysia PKR
PARLIMEN SENDIRI MANGSA RASUAH, SALAHGUNA KUASA
![]()
Angkatan Muda
Youth Movement
Parti Keadilan Rakyat
Peoples Justice PartyKenyataan Media
29 APRIL 2005Semalam hari terakhir Persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan kira-kira dua jam lebih awal kerana bahagian bumbungnya bocor menyebabkan air hujan mencurah-curah masuk di kawasan tempat duduk menteri Kabinet.
Angkatan Muda Malaysia menganggap ia sebagai kejadian yang dianggap amat memalukan.
Sungguh mengejutkan kejadian seperti itu berlaku di bangunan yang hanya baru setahun membelanjakan wang rakyat berjumlah RM80 juta untuk pengubahsuaian penuh.
Angkatan Muda Malaysia mendesak satu siasatan terbuka dilakukan dan Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) di bawah Datuk Shahril Samad secara serius perlu melakukan sesuatu mengenai perkara ini. Kontraktor yang terbabit perlu dipanggil dan menjelaskan bagaimana perkara tersebut berlaku.
Oleh kerana kejadian tersebut maka kerajaan tidak boleh mengelakkan prasangka rakyat bahawa terdapat salahguna kuasa rasuah (makan percent) dalam proses perbelanjaan wang rakyat RM80 juta untuk menaik taraf bangunan Parlimen. Rakyat akan terus tertanya adakah selepas pengubahsuaian bangunan tersebut tidak diperiksa selamat dan sempurna untuk diduduki atau pemeriksaan dilakukan sambil lewa?
Kini tiada tempat yang selamat kerana diancam rasuah dan salah guna kuasa sehinggakan bangunan Parlimen pun tidak selamat.
Ke arah sebuah kerajaan reformasi
Badrul Hisham Shaharin
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda Malaysia
Merangkap
Pengerusi
Biro Bencana dan Hal Ehwal Masyarakat
Angkatan Muda Malaysia
Badrul_AngkatanMuda@yahoo.com - 29.04.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)