![]()
Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Malaysia PKR
TINDAKAN GANTUNG THENG
CUBAAN SELINDUNG RASUAH DAN PENYELEWENGAN KHIR
![]()
Angkatan Muda
Youth Movement
Parti Keadilan Rakyat
Peoples Justice PartyKenyataan Media
TINDAKAN GANTUNG THENG CUBAAN SELINDUNG RASUAH DAN PENYELEWENGAN KHIRAngkatan Muda Malaysia menyifatkan tindakan Dewan Undangan Negeri Selangor menggantung YB Theng Chang Kim merupahan satu usaha untuk melindungi dari beliau terus menyerang dan mendedahkan penyelewengan dan rasuah Menteri Besar Selangor.
Semalam Theng telah digantung dari DUN Selangor kerana dikatakan menghina dewan dengan mencampakan buku peraturan dewan ke dalam tong sampah. Theng bertindak demikian kerana tindakkan speaker yang bertindak menghalang beliau terus menyebut mengenai penyelewengan dan rasuah Khir Toyo di dalam dewan.
Angkatan Muda Malaysia menyifatkan tindakan pengendalian mesyuarat yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan lebih menghina dewan.
Sebelum mempertikaikan tindakan kendalian mesyuarat yang tidak mengikut prosedur dan sebelum dihalang oleh speaker dari beliau terus mendedahkan penyelewengan Khir, Theng dalam ucapannya turut menyebut mengenai ucapan Sultan Selangor ketika perasmian DUN telah memuji Menteri Besar secara peribadi sebanyak empat kali menurutnya bukanlah amalan biasa dan tidak baik.
Angkatan Muda Malaysia dengan ini menyatakan solidarity kepada penggantungan Theng dan mengutuk perbuatan yang tidak demokratik semata – mata ingin melindungi rasuah pemimpin negeri Selangor.
Salam Reformasi ;
Mohamad SD Johari Hj Yasin
Setiausaha
Angkatan Muda Malaysia
juga merupakan
Ketua
Angkatan Muda Shah AlamSDJohari_AngkatanMuda@yahoo.com - 27.04.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)