![]()
Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Malaysia PKR
Sokong Kenyataan Abdullah Dan Harap Ia Bukan Hanya Retorik
![]()
Angkatan Muda
Youth Movement
Parti Keadilan Rakyat
Peoples Justice PartyKenyataan Media
27 Mei 2005
18 Rabiul Awal 1426HSOKONG USAHA PENDEMOKRASIAN SISTEM PENDIDIKAN
ABDULLAH MULA MEMPERAKUI KEGAGALAN PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERISAngkatan Muda Malaysia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi semalam, menyatakan bahawa Bahasa Tamil dan Cina akan diajar di Sekolah Kebangsaan.
Angkatan Muda Malaysia menganggap ini merupakan sebahagian usaha ke arah pendemokrasian sistem pendidikan negara.
Usaha ini juga terkandung dalam cadangan Biro Pendidikan, Angkatan Muda Malaysia yang bertarikh 28 MAC 2005.
http://www.keadilanrakyat.org/cms/index.php?p=461
Di mana dalam cadangan tersebut terkandung, Angkatan Muda Malaysia ingin turut melihat agar Sekolah Kebangsaan untuk diperkasakan lebih terbuka dan demokratik. Dicadangkan untuk semua Sekolah Kebangsaan yang mempunyai lebih dari 5 orang murid berketurunan Cina atau India harus mengadakan kelas bahasa ibunda mereka dan kelas tersebut juga harus dibuka untuk diikuti oleh murid murid keturunan lain.
Cuma usaha ini perlu dijalankan secara bersungguh sungguh dari peringkat persiapan guru untuk mengajar yang terlatih sehinggalah mempersiapkan minda msyarakat ibu bapa dan pegawai – pegawai perkhidmatan pendidikan dalam hal ini. Angkatan Muda Malaysia juga berharap agar usaha ini tidak terhenti setakat kenyataan yang hanya untuk menunjukkan keperhatinan semata – mata.
Kenyataan PM membenarkan Bahasa Malaysia digunakan dalam perbincangan semasa sesi pengajaran Sains dan Matematik secara tidak lansung memperakui kegagalan dan kepincangan yang terdapat dalam pelaksanaan dasar pengajaran Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad.
Sememangnya semenjak dari awal lagi ramai pihak membantah namum Kementerian Pendidikan di bawah PM yang lalu bersungguh sungguh mempertahankannya untuk dilaksanakan tanpa menkaji secara menyeluruh impaknya dan kesedian mereka (Kementerian) sendiri untuk melaksanakan.
Kekurangan guru – guru Sains dan Matematik yang terlatih dalam Bahasa Inggeris amat ketara. Malah lebih memburukkan keadaan masih terdapat guru – guru yang terpaksa mengajar dalam bukan bidang mereka kerana masalah kekurangan guru bidang tertentu dai sekolah sekolah tertentu.
Angkatan Muda Malaysia menuntut sedikit kebebasan membuat keputusan dan keberanian oleh Abdullah Badawi dan Kementrian Pendidikan untuk segera mengkaji dengan serius usaha dan membuat keputusan untuk mengembalikan semua pembelajaran khususnya Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda (Bahasa Malaysia)
Kami masih menyakini menggunakan bahasa ibunda merupakan kaedah terbaik untuk menyampaikan ilmu khususnya diperingkat kanak kanak dan awal remaja. Tanpa menafikan penguasaan bahasa inggeris juga penting diberikan tumpuan.
Salam Reformasi.
Nurin Aina Abdullah
Pengerusi
Biro Pendidikan
Angkatan Muda Malaysia
Nurin_AngkatanMuda@yahoo.com27.04.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)