Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Malaysia PKR
DUA PERTUBUHAN ISLAM HARUS DUDUK SEMEJA


Angkatan Muda
Youth Movement
Parti Keadilan Rakyat
Peoples Justice Party

Kenyataan Media
26 April 2005

DUA PERTUBUHAN ISLAM HARUS DUDUK SEMEJA

Isu cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama dan kemudian diperhangatkan lagi dengan tindakkan sekumpulan NGO dan individu mempertikaian kerelevanan undang-undang moral di negara ini, telah mengundang bermacam-macam reaksi dari berbagai pihak.

Antara kemuncak perkembangan ini ialah tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) untuk mendesak pengharaman sebuah pertubuhan yang dikenali Sisters in Islam (SIS).

Angkatan Muda Malaysia tertarik untuk memberikan komen mengenai perkara ini.

Pertama sekali Angkatan Muda Malaysia berpegang dengan prinsip asas demokrasi iaitu semua pihak berhak untuk menubuhkan persatuan dan semua berhak menyatakan pendapat dalam negara demokrasi.

Maka tindakan untuk mendesak sebuah pertubuhan diharamkan merupakan sebuah tindakan tidak demokratik.

Namun Angkatan Muda Malaysia juga menghormati pendapat dan tindakkan DPPP untuk mempertahankan undang-undang moral di negara ini.

Cuma seharusnya kedua-dua pihak lebih bersifat terbuka untuk mengadakan pertemuan, dialog dan perbincangan dengan pertubuhan yang juga menggunakan landasan (baca : nama ) Islam iaitu Sister In Islam dalam meleraikan kekusutan ini.

Angkatan Muda Malaysia ingin masyarakat melihat isu ini bukan isu DPPP vs SIS atau lebih bahaya jika ia terlebel sebagai Islam Konservatif vs Islam liberal. Semua pihak yang ingin terlibat dalam isu ini harus lebih berhati-hati. Ia mungkin mengundang kekeliruan dan salah tanggapan masyarakat bukan-Islam terhadap Islam itu sendiri.

Isu ini harus di debatkan secara berkhemah dan matang.

Ke arah sebuah kerajaan Reformasi

Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman
Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia
Merangkap
Pengerusi Pembangunan Wanita, Angkatan Muda Malaysia

26.04.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: