![]()
Kenyataan Media Angkatan Muda PKR
Tolak Anwar Sebagai Saksi,
Suruhanjaya Cabul Integriti Siasatan Laman M@RHAEN
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia29 Januari 2008
Tolak Anwar Sebagai Saksi,
Suruhanjaya Cabul Integriti SiasatanAngkatan Muda Keadilan Malaysia menyelar tindakan Suruhanjaya Diraja Siasatan Skandal VK Lingam yangmengambil keputusan untuk tidak memanggil Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi.
Pengerusi suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohd Noor berkata, keterangan yang hendak diberikan oleh mereka tiada kaitan langsung dengan siasatan yang dijalankan.
Kenyataan Haidar jelas menggambarkan kredibiliti Suruhanjaya tersebut berada di tahap terendah, dalam keadaan Anwar adalah merupakan individu pertama yang mendedahkan klip video skandal perlantikan hakim oleh Lingam tersebut pada September 2007.Malah, Anwar juga menawarkan kenyataan dua orang saksi rahsia yang boleh membantu melicinkan siasatan skandal ini sebagaimana yang didakwa.
Terkini, semalam Anwar telah mendedahkan klip ketiga berkaitan skandal tersebut yang sekaligus menepis segala hujah bodoh dan dangkal yang dikeluarkan oleh VK Lingam, Eusoff Chin dan juga Ahmad Fairuz.
Kesaksian Anwar dalam kes ini adalah sangat penting, dalam keadaan ianya akan mengisi kekeliruan yang dijelaskan dalam 5 kerangka utama tugas Suruhanjaya Diraja ini sebagaimana yang dijelaskan Perdana Menteri sewaktu mengumumkan penubuhannya.
Melihat kepada trend pemerintah dalam mengendalikan kes ini, Anwar pernah diugut untuk dipenjarakan sekiranya gagal bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah dalam prosedur siasatan yang dijalankan BPR pada Oktober 2007. Kini, di saat beliau secara sukarela tampil ingin memberi kerjasama, beliau dinafikan haknya.
AMK melihat tindakan terbaru Suruhanjaya ini hanya bertujuan untuk memastikan bahawa tidak ada sebarang pendedahan baru yang melibatkan individu-individu tertentu, dan berkemungkinan untuk menafikan kebenaran terus disebarluas kepada khalayak menjelang pilihanraya umum kelak.
AMK juga tidak menolak kemungkinan bahawa hasil siasatan Suruhanjaya ini akan membawa kepada kes dibuang begitu sahaja, dalam keadaan kenyataan saksi yang jelas memperbodohkan rakyat terus diterima pakai Suruhanjaya, walhasil kenyataan saksi seperti Anwar, R Sivarasa dan Sim Tze Tzin terus dinafikan ruang.
Kredibiliti Suruhanjaya terus terpalit negatif, menggambarkan hilangnya nilai integriti kehakiman negara yang parah dicabul pimpinan Umno-BN dan tauke judi.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
![]()
Poster-poster TAK NAK! BN dapat diperolehi/muat-turun di: http://my.opera.com/marhaen/blog/index.dml/tag/Poster
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
No 110-4, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: http://www.angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org29.01.2008 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.