Kenyataan Media Angkatan Muda PKR
Takziah Buat Keluarga Allahyarham Soeharto    Laman M@RHAEN

 
 
 

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

28 Januari 2008

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Soeharto

Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengucapkan takziah ke atas keluarga Allahyarham Soeharto yang meninggal dunia pada pukul 1.10 petang 27 Januari 2008.

Pemergian beliau pastinya satu kehilangan buat warga Indonesia dan segala jasa baik Allahyarham dalam hubungan diplomatik serantau khususnya Malaysia - Indonesia adalah sesuatu yang sukar dilupakan.

Pun begitu, AMK kekal berpendapat bahawa setiap kes salahlaku Allahyarham wajar terus diadili di Mahkamah Terbuka sebagai menjamin keadilan buat rakyat Indonesia sepanjang 32 tahun pemerintahan Allahyarham.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Soeharto.
 

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
PArti Keadilan Rakyat


Poster-poster TAK NAK! BN dapat diperolehi/muat-turun di: http://my.opera.com/marhaen/blog/index.dml/tag/Poster


Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
No 110-4, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: http://www.angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org

28.01.2008 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.