![]()
Kenyataan Media Angkatan Muda PKR
S Paranjothy Dialu-alukan Sertai KeADILan Laman M@RHAEN
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia27 Disember 2007
S Paranjothy Dialu-alukan Sertai KeADILan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin merakamkan penghargaan kepada Naib Ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy atas ketegasan beliau membangkitkan masalah-masalah di peringkat akar yang secara langsung menyentuh kelemahan Umno sebagai tunjang Barisan Nasional.
Dalam apa jua keadaan, ketegasan seumpama ini adalah dialu-alukan agar tidak ada pihak yang merasakan mereka adalah sempurna secara mutlak, satu sikap yang membelenggu Umno pada hari ini.
Kenyataan Media empat muka Paranjothy adalah kenyataan yang banyak mendedahkan akar masalah yang membelenggu rakyat Malaysia, dan kebanyakannya menyentuh kebimbangan rakyat Malaysia mengenai dasar pecah dan perintah Umno-BN.
Pemuda Umno melalui Ketuanya Hishamuddin Tun Hussien terus menerus bersikap angkuh dengan mengugut Gerakan agar mengambil tindakan tegas memecat Paranjothy, sedangkan sewajarnya masalah-masalah yang dibangkitkan Paranjothy perlu dibincang oleh mereka untuk menyelesaikannya di peringkat akar.
Pimpinan Umno telah menunjukkan betapa mereka sedang mengamalkan budaya 'tidak boleh dikritik',sehingga jelas terbukti komponen BN yang lain perlu akur dan tunduk kepada mereka.
AMK melihat, dalam keadaan yang rencam ini, kelihatan bahawa Gerakan akan terus menerus mengikut telunjuk Umno untuk memecat atau setidak-tidaknya menggantung keahlian Paranjothy daripada Gerakan.
Semangat dan iltizam Paranjothy untuk mengetengah permasalahan rakyat tanpa mengira 'semangat BN' adalah sesuatu yang amat dialu-alukan, selaras dengan budaya politik baru yang perlu dibudayakan di kalangan rakyat Malaysia.
AMK secara terbuka menjemput Paranjothy untuk sama-sama menyertai KeADILan melalui AMK, untuk sama-sama bergerak dan bekerja memperbetulkan masalah yang membelenggu rakyat Malaysia berbilang kaum hasil kegagalan dasar pemerintahan Umno-BN.
Khairul Annuar Ahmad Zainudin
Naib Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
![]()
Poster-poster TAK NAK! BN dapat diperolehi/muat-turun di: http://my.opera.com/marhaen/blog/index.dml/tag/Poster
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
No 110-4, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: http://www.angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org27.12.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.