Kenyataan Media Angkatan Muda PKR
Pecat Pekerja Sertai Perhimpunan, 
Rahman Bakar Bersikap Jahil!
- Laman M@RHAEN

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

28 November 2007

Pecat Pekerja Sertai Perhimpunan, Rahman Bakar Bersikap Jahil!

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras kenyataan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Bakar yang menyatakan bahawa majikan boleh mengambil tindakan tegas termasuk membuang pekerja yang terlibat dalam perhimpunan haram anjuran Hindu Rights Action Force (Hindraf) di Kuala Lumpur, Ahad lepas.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan sanggup mengabaikan kebajikan golongan pekerja hanya kerana mereka melaksanakan hak demokratik mereka sebagaimana yang dibenarkan melalui Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

AMK melihat, sudah wujud satu keadaan apabila Barisan Nasional (BN) terdesak, mereka akan menggunakan seluruh upaya termasuklah memanipulasi pihak polis, dan kini golongan majikan untuk berterusan menekan rakyat supaya berterusan dijangkiti 'sindrom bisu dan lesu' untuk menentang ketidakadilan pemerintahan kerajaan BN.

Tindakan Rahman Bakar jelas menunjukkan yang beliau jahil tentang hak asasi sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tulang belakang kepada sistem perundangan Malaysia.
 
Malah, tindakan beliau yang hanya bersandarkan kepada Akta Pekerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1997 dilihat jelas bersifat ultra vires (bertentangan) dengan Artikel 10 Perlembagan Persekutuan yang terang-terangan membenarkan rakyat berhimpun secara aman.

AMK menggesa agar pihak majikan tidak tunduk kepada gesaan kerajaan yang jelas tidak demokratik, di samping golongan pekerja perlu bingkas bangkit menyatakan hak mereka secara aman dan terbuka.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Naib Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat


Poster-poster TAK NAK! BN dapat diperolehi/muat-turun di: http://my.opera.com/marhaen/blog/index.dml/tag/Poster


Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
No 110-4, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: http://www.angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org

28.11.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.


Hantar artikel ini kpd sahabat:
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.