Kenyataan Media Angkatan Muda PKR
Keganasan Polis Melampau,
Suhakam Digesa Mulakan Siasatan - Laman M@RHAEN

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

27 November 2007

Hindraf: Keganasan Polis Melampau, Suhakam Digesa Mulakan Siasatan

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam sepenuhnya kekerasan yang digunakan oleh pihak polis untuk menyuraikan perhimpunan aman HINDRAF pada 25hb November lepas.

Pihak kerajaan berkata bahawa perhimpunan sebegini bukan budaya kita, walaupun kebebasan berhimpun merupakan sebahagian besar asas demokrasi mutlak.
Apa yang sebenarnya bukan budaya kita adalah penggunaan taktik ganas untuk menentang rakyat yang tidak bersenjata untuk berhimpun secara aman.

Sewajarnya bagi MIC dan BN untuk mendengar dan menghalusi tuntutan Hindraf dengan profesional, bukan menggunakan seluruh kekuatan instrumen kerajaan untuk mengekang rakyat yang memperjuangkan nasib mereka.

Kini kelihatan kerajaan BN menggunakan undang-undang yang ada mengikut selera politik mereka demi mengekalkan hegemoni kuasa dari ditewaskan rakyat.

Menurut laporan-laporan yang diterima, polis telah melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah orang ramai yang berhimpun. Ini hanya membuktikan hasrat pihak berkuasa untuk menghalang rakyat Malaysia dari bersuara.

Perhimpunan Bersih baru-baru ini telah membuktikan bahawa tiada implikasi buruk jika perhimpunan yang dibenarkan berterusan dan tidak dicemar tindakan ganas oleh polis.

Suhakam patut memulakan dengan segera siasatan ke atas tindak melampau polis pada hari Ahad yang lalu, dan mereka yang didapati bersalah wajar dihukum.

Rakyat Malaysia tidak akan terkesan dengan percubaan ganas oleh pihak berkuasa untuk menakutkan dan membisukan suara rakyat Malaysia yang begitu peka akan masa depan mereka dan negara Malaysia.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat


Poster-poster TAK NAK! BN dapat diperolehi/muat-turun di: http://my.opera.com/marhaen/blog/index.dml/tag/Poster


Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
No 110-4, Jln Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur
Laman Web Rasmi: http://www.angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org

27.11.2007 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.


Hantar artikel ini kpd sahabat:
CARA MUDAH melakukan sumbangan utk Tabung M@RHAEN.