Isu Perpaduan dan Interaksi Kaum
Oleh Alex

1. Apa Yang Dilakukan Kerajaan Malaysia

Dasar Kerajaan Malaysia terlalu banyak tertumpu kepada sistem pentadbiran barat dan program Kejuruteraan Sosial yang diwarisi daripada sistem sosialis barat.

Proses menyatu-padukan rakyat Malaysia itu juga dilakukan dengan satu proses perubahan yang dirancang dan dipaksakan seperti satu sistem institusi sosialis, di mana pembentukan masyarakat masa depan diproses dalam satu acuan yang telah dirancangkan oleh golongan yang cuba bermain peranan Tuhan.

Definisi Program Pemasyarakatan itu telah dikuasai satu golongan tertentu yang mahu mewujudkan idealisme peribadi tanpa mempertimbangkan Hak Asasi sesuatu suku kaum untuk mengekalkan budaya, adat resam dan bahasa ibunda dan asas pendidikan mereka.

Soal perpaduan rakyat, dan isu interaksi ras timbul apabila Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) telah mewujudkan program Sekolah Berasrama Penuh yang mengasingkan masyarakat Melayu daripada masyarakat Cina dan India. Contohnya, di MCKK, Maktab Rendah Sains Mara, UITM dan sebagainya telah mengambil pelajar-pelajar desa untuk diinstitusikan dalam proses rejimentasi dan isolasi daripada masyarakat majmuk.

Dalam masyarakat Cina pula, terdapat Sekolah China Swasta yang hanya bertumpu kepada pengambilan pelajar bahasa penghantar Mandarin saja.
Gejala Dasar Pendidikan dan Ekonomi telah mempengaruhi pembawaan generasi muda Malaysia sejak tahun 1974. Acuan Dasar Kejuruteraan Sosial Barisan Nasional telah memisahkan pergaulan anak-anak kita sejak daripada bangku sekolah sampai ke masyarakat umum.

Manakala, masyarakat tradisi Kelantan yang lebih konservatif telah berjaya melawan arus Kejuruteraan Sosial DPK dan DEB dengan Budaya Melayu yang berasaskan nilai-nilai Islam. Di mana pergaulan dan interaksi antara kaum orang-orang Kelantan masih menghidupkan ciri-ciri kemasyarakatan kampung.
Budaya masyarakat Kelantan telah menjalinkan hubungan kaum dalam masyarakat Kelantan. Orang Cina yang tinggal di kampung Melayu tolong-menolong demi kepentingan bersama. Mereka juga menghayati budaya Melayu dalam kehidupan harian mereka.

Perkara itu jelas menunjukkan dinamisme orang / masyarakat Cina dan Melayu, misalnya, pandai menyesuaikan diri dengan persekitarannya tanpa paksaan rancangan dan Dasar Kejuruteraan Sosial.

2. Apa yang terdapat dalam Masyarakat Tradisi Kelantan

Masyarakat Kelantan masih berdiri di atas asas pertolongan dan kerjasama daripada individu yang lain dalam kumpulannya. Asas sosial itu dimanfaatkan menjadi asas ekonomi, politik, pendidikan dan lain-lain.

Perasaan muhibah yang terjalin di antara orang Kelantan di dalam masyarakat Melayu, Cina dan India di bandar telah juga melahirkan semacam “nasionalisme Kelante

Yang paling menarik daripada persekitaran sosial, Budaya dan Pendidikan Kelantan ialah orang Melayu sangat suka menuntut Ilmu tetapi berpegang kuat kepada ajaran Islam.

Bahasa hanya dianggap sebagai satu alat pengantaraan Ilmu dan bukan alat politik. Ramai orang Kelantan boleh berbahasa loghat Cina, Arab, Thai dan lain-lain dari sistem pemasyarakatan dan interaksi kaum tanpa Dasar Paksaan.

Di Kelantan juga terdapat banyak orang Melayu yang menjual makanan bukan-Melayu seperti Bubur ayam, Ca Kueh, Ca Kueh Teow, Tomyam, roti canai, capati dan lain-lain.

Di Kelantan Restoran Makanan Halal Cina yang dikendalikan oleh orang Cina juga menyiapkan tempat solat untuk tetamu dan pelanggan Muslim dan ia bukan dari hasil Dasar Paksaan tetapi dari semangat menghormati pelanggan Muslim.

Semangat berniaga dan kerjasama antara kaum juga telah wujud dengan perkongsian perniagaan tanpa Dasar Paksaan kerajaan. Contohnya Kedai Makanan Padang bekerja sama dengan Kedai Kopi Cina untuk menghidangkan makanan padang enak dan kopi hainan terkenal! Ia juga terbentuk dari interaksi dan kerjasama antara kaum dan bukan atas dasar Paksaan.

Budaya kerjasama ini jarang kelihatan di kota-kota lain Malaysia

Dengan pengaruh-pengaruh nilai Islam, anak Kelantan bukan-Islam juga diberkati budaya anti-kegiatan haram seperti judi, dan penindasan manusia. Di Kelantan terdapat 4 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina yang menerima lebih ramai pelajar bukan-Cina lebih dari pelajar keturunan Cina!

Anak Melayu, Cina dan India bukan sahaja berkawan baik di sekolah, malahan datang untuk bermain di rumah masing-masing; sementara ibu bapa mereka kunjung-mengunjungi pada masa perayaan, lebih-lebih lagi pada masa kematian.

Perkahwinan campur di antara kaum juga popular di Kelantan. Orang Cina, India dan Siam telah memeluk Islam, lantas mengamalkan ritual agama baru itu.
Masyarakat Cina sangat menghormati kaum Melayu yang mendapat pendidikan Sekolah Agama. Ustaz daripada SAR lebih dipercayai dan mempunyai status sosial yang lebih tinggi dari guru daripada Sekolah Kerajaan.

Budaya Perpaduan Antara Kaum disemaikan nilai pentingnya hidup harmoni di antara kaum, anak murid sekalian diharapkan akan menggunakan akal sendiri dalam melihat dan mengurus diri dan juga orang lain tanpa mengira asal usul keturunan kaum dan juga agamanya.

Budaya Kelantan telah memanfaatkan Nilai-nilai Islam telah membina satu masyarakat majmuk yang harmoni dan bertoleransi tinggi. Nilai Islam yang di hayati masyarakat Kelantan telah membawa perpaduan yang erat antara kaum tanpa Dasar Paksaan.

3. Apa yang berlaku di masyarakat kita sekarang

Program Perancangan Ekonomi Malaysia yang lemah secara langsung, mewujudkan skim perumahan di bandar-bandar dengan melibatkan jutaan orang Cina, Melayu dan India.

Ia telah banyak mengubah sikap dan pandangan negatif satu kaum terhadap yang lain, tetapi juga telah sedikit sebanyak mencairkan tradisi kebudayaan satu-satu kaum itu daripada menjadi lebih dominan daripada yang lain.

Sebagai ‘pendatang’ baru, masing-masing mereka menganggap jiran sebelah sebagai saudara dan sekali gus menjadi tempat pergantungan di masa susah. Pemeliharaan dan pengembangan jalinan persaudaraan antara kaum itu telah membuat jiran tetangga daripada kaum lain membuang prasangka dan juga generalisasi negatif sesama sendiri.

4. Halatuju Masyarakat Malaysia

Sejak Merdeka, Program Perancangan Sosial Ekonomi Malaysia telah mengamalkan pendekatan paksaan.

Program Kejuruteraan Sosial Malaysia telah menghindari jiwa, perasaan, maruah, tradisi kebudayaan berbagai golong rakyat majmuk. Ia juga telah banyak menghabiskan sumber kewangan dan sumber daya dan tenaga manusia negara.

Masyarakat Melayu tidak dibenarkan belajar di Sekolah Agama Rakyat yang lebih fokus ke atas pembangunan dan perseimbangan akhlak dari Ilmiah.

Masyarakat Cina dan Tamil yang lebih tradisional rasa terancam kerana peluang pendidikan bahasa Ibunda mereka yang menjadi asas kebudayaan dan adat resam Mereka.

Dasar Pendidikan Kebangsaan juga memisahkan pelajar cemerlang dari masyarakat setempat beliau dalam program “Rejimentasi”.

Kumpulan pelajar terpilih ini akan jadi satu masyarakat elit yang terpisah daripada masyarakat umum.

Hasil Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menganjurkan program pemisahan telah menafikan HAK dan peluang pergaulan antara kaum.

Seorang mahasiswa UITM yang berasal dari Maktab Rendah Sains Mara dinafikan HAK pergaulan mereka bersama masyarakat Cina dan India kerana sistem pendidikan perkauman dipraktikkan di dalam institusi tersebut.

Masyarakat konservatif Cina yang terlalu takut kehilangan asas budaya dan HAK bahasa ibunda juga mengambil jalan garis keras untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta Cina dan memisahkan anak-anak ini daripada pergaulan antara kaum di bangku sekolah.

Dasar Pelajaran yang berunsur perkauman juga mengakibatkan tafsiran negatif terhadap kualiti pendidikan di UITM dan Program Matrikulasi daripada institusi yang hanya menerima pelajar Bumiputra.

Akibatnya, majikan syarikat milik Cina sangat kurang mengambil pekerja kelulusan UITM kerana dasar Kerajaan Malaysia yang memberi persepsi negatif ini.

Pasti ada sesuatu yang tidak benar dalam pembentukan dan perlaksanaan dasar Pelajaran Negara Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru kerana selama 48 tahun, ahli politik kita masih lagi hidup dengan manipulasi isu perkauman kerana kuasa dan kekayaan mereka sudah lupa 'Apa itu Islam?' dan 'Siapa mereka itu?'.

Alex - 31.07.2004 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: