Anwar Di Ipoh 9 Nov 2004: 
Masalah Politik-Bahasa-Pendidikan Malaysia Dewasa Ini

Disediakan oleh Pekerja Gerakan Keadilan-Reformasi - Kiriman: Alex
(Transkrip ini adalah salinan ucapan daripada pita rakaman yang dilakukan Pekerja Gerakan Keadilan-Reformasi secara ad-hoc, namun ianya merupakan satu usaha yang patut kita sama-sama banggakan. Semakan/suntingan yang dilakukan oleh editor Laman M@RHAEN terhadap transkrip ini adalah pada tahap minimum. Harap maklum.)


Tempat: Dewan Dou Mu , Ipoh
Tarikh: 9 November 2004 (Selasa)
Masa: 10:30 malam
Penonton: Lebih daripada 4000 orang—2000 Cina yang membeli Meja Jamuan jenis Cina (215 meja dijual), 2000 Melayu (beli tiket masuk RM5 seorang, termasuk yang berdiri dan mendengar di Jalan Gopeng dan di luar pagar Dewan)

Harus ditekankan bahawa:
1. Laporan dalam Sin Chew Daily & Oriental Daily sudah dikerat (fragmented, rasa dibuat oleh pihak editor), dan wartawan-wartawan tempatan yang dihantar (mungkin kekurangan pengalaman & kemahiran lemah) untuk membuat liputan kebenaran didapati telah menunjukkan ketidak-mampu-bolehan untuk tangkap makna (unsur-unsur politik Reformasi, dan kata-kata sosio-politik Melayu Malaysia) dalam ucapan Anwar.

2. Transkrip in tidak lengkap dan tidak memasukkan pandangan Anwar, khasnya tentang ekonomi dan lain-lain, sebab masalah kekurangan sumber manusia dalam Gerakan Reformasi untuk membuat kerja-kerja penulisan dan kewartawanan.

3. Jika ada sesiapa ada minat untuk terlibat dalam kerja ikut-Ceramah-Anwar, penulisan dan kewartawanan Gerakan Reformasi Gelombang II, mulai era Sept 2004, sila email SK pada quanko76@yahoo.com

Berikut adalah transkrip:

Saya, ketika menengok ramai macam ini, saya pun seronok. Saya lupa problem saya dulu 6 tahun di penjara. Dah lupa lah. (tepukan gemuruh)
 
Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita sekarang ini dalam satu keadaan baru. Kita mahu masyarakat Malaysia jaga negeri ini, negeri kita, sama ada  (Ma Lai Ren = orang Melayu), (Yin Du Ren = orang India), ( Hua Ren = orang Cina), kita semua Malaysian. (tepukan sokongan) Dan Malaysian (Malaysian Ren = orang Malaysia) ini saya selalu cakap  (Wo Men Dou Shi Yi Jia Ren = Kita semua sekeluarga) (sorakan gemuruh) Dan itu mesti jaga.

Pertamanya, mesti pastikan, tentukan negeri ini aman. Kita kalau ada lawan politik sikit-sikit pun tak apa. Tetapi mesti aman. We must entail & ensure there is completely & orders in this country. Dan ini sahaja jaminan untuk kita melangkah ke depan.

Selain daripada itu, untuk keamanan yang kita dah capai, kita pertahankan, dan ini saya hendak tekankan. Kerana ada sikap, mentality dari kalangan sebahagian daripada pimpinan negara ini, siapa yang tidak setuju sahaja, dia kritik sikit sahaja, dia tukar apa-apa polisi, dia kata apa dasar dan polisi tidak baik, terus! Dia kata kita ini hendak mahu cari gaduh dan tidak aman.

Sebab itu saya hendak mula dengan stress this very important point. Perkara penting yang kita kena tekankan bahawa pendirian kita, dan saya percaya ini yang disebut oleh, dalam Parti Keadilan, dan rakan-rakan dalam BA, dan kita sama dengan DAP dan NGO lain yang progresif. Kita mahu change, tetapi kita mahu change atau perubahan dengan pertahankan keamanan dari semua rakyat Malaysia (tepukan gemuruh)

Dan, saudara tanya, negara sudah aman, kita mahu tukar apa? Kita mahu ubah apa? Dan kita mahu buat sebab apa? Kita pun, atau mahu ingin perubahan, atau tukar, sebab ada problem.

Sekarang, ramai orang tidak tahu ada problem. Tuan-tuan dan puan-puan yang baca surat khabar Cina, problem kadang-kadang ada sikit ada tidak keterlaluan. Tetapi kalau surat khabar Melayu atau Inggeris, atau televisyen, langsung ‘Boliau’ (Makna: tiada). ‘Elek’ pun cerita atau Hindustan kata ‘nehi kani nehi’. Jadi, kita tak tahu apa problem.
 
Ini negeri Merdeka. Kita merdeka tetapi kita tak boleh cakap. Kita merdeka tetapi kita tak boleh tegur! Kita merdeka tetapi kita tak boleh kasi tahu! Kalau kita bagi tahu, kita jadi jahat. Kalau ada corruption besar, diam-diam; corruption sikit, boleh cakap.

Ini perkara pertama yang saya perlu sebut tentang corruption. Ada orang bagi tahu saya. Kawan saya, Cina. Dia bagi tahu, “Kita orang business. Dia orang corruption sikit. Apa boleh kita buat? Kalau tak bagi corruption, lesen tak boleh dapat. Kalau tak perlu corruption, kontrak pun tak boleh dapat. Jadi, ‘Cincai cincai biau kin lah. (Makna: biar dia macam itu pun tak apa)” (ada suara gelak dan tepukan tangan)
 

Saya jawab, “Apa sebab you mahu buat bisnes, berniaga, mahu dapatkan lesen, apa sebab you mesti bayar kepada itu orang politik, atau kata itu orang itu bodoh? Itu kerjanya bagi lesen! Dia sudah dibayar untuk bagi lesen! Apa sebab you mesti bayar lagi dan ketika you bayar, siapa yang charge? You bayar lesen, you bagi 1,000 extra. You charge orang ramai. Itu sebab corruption itu, rasuah itu melemahkan negara kita!”

Saya sebut perkara ini sebab, in 1997/98, itu satu isu besar. Memang. Saya lawan kes corruption. Saya lawan, saya kena karate. Tok-tok. Saya bangun sekarang, saya lawan lagi! (Awam: Yeah! ‘Reformasi’ dan tepukan tangan) Kita mesti buat battle. Lose one battle, but we will win the war! (Awam: Yeah! tepukan tangan) If we win a battle in the war, we must cakap tahu (Makna: Bagi tahu orang awam). (gelak)

Orang luar kata Anwar you bodoh. You kalau pandai, you diam-diam duduk lah. Dia mahu corruption sikit, you ikut sahaja. Dia mahu bagi bail-out sikit, you pun ikut. Kalau you ikut semua, corruption pun ikut, bail-out pun ikut, semua pun ikut, you sekarang sudah menjadi Perdana Menteri. (Awam gelak) Sekarang you tak mahu corruption. You mahu lawan itu. Sekarang you sudah jadi apa? You masuk penjara! 6 tahun!

Tetapi saya mahu cerita. Saya tak nak sesal. No regrets. You know what? 6 tahun saya cuti. Saya keluar sekarang. Saya tengok rakyat lagi kuat, lagi sudah mahu ubah, tukar. (tepukan gemuruh) Dia, dalam dunia, dalam politik, mesti ada satu dua orang …..(tunjuk aksi kena karate) punya kerja. Kalau tidak, semua tidur, semua orang, tak boleh jadi!
 
Ini saya tengok macam kawan-kawan saya dalam parti politik Barisan Nasional nah! Apa boss kata tahu, semua pun boleh. Yes sahaja! Mahu tutup sekolah Cina? Tak apaaaaa. Tak mahu kata itu Bahasa Cina, tak payah ajar untuk Inggeris untuk Matematik dan Sains? Okeeeyyy. Apa pemimpin macam ini?

Fasal bahasa, tanya saya, apa pendapat saya? Saya ini, macam Dr Syed Husin juga. Soal Bahasa Melayu, very firm. No compromise. Semua rakyat Malaysia mesti pandai cakap Melayu. Itu pendapat kita. Saya cakap kepada orang Melayu. Saya cakap kepada orang Cina. Saya cakap kepada orang India.

Tetapi sekolah Cina, mahu mengajar Bahasa Cina. Saya kata itu dia punya right dan kita mesti bagi sokongan kepada dia. (tepukan gemuruh) Ada orang tanya saya, “Dulu semasa Menteri Pelajaran, apa fasal, you, panggil wakil-wakil sekolah Cina, cakap supaya sekolah ajar Bahasa Melayu?” Saya jawab, “Kalau Sekolah Cina seperti mana yang ada sekarang, termasuk independent school, dia ajar semua pelajar Cina supaya pandai cakap Melayu, Bahasa Melayu. Kalau itu sudah boleh diterima. Saya kata OK. Dia boleh ajar dalam Bahasa Cina. Dia boleh pertahan Bahasa Cina di sekolahnya kerana Bahasa Melayu sudah diterima. Itu polisi kita. Apa sebab sekarang, mengapa sekarang ini, Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris? Apa Bahasa Cina tak boleh jadi Saintis ke? Itu yang boleh hantar ieeeeeh …… roket. …… saya hanya test you tahu atau tak tahu sahaja (riak gemuruh).

Dia hantar roket ke negeri China, fasal Inggeris ke? Tiada. Bahasa Cina. Ini mentaliti. Dan, saya tahu orang Cina dalam Bahasa Cina sama saya orang Melayu dalam Bahasa Melayu. Saya mesti pertahan, mesti lawan.

Tetapi, ini Malaysia, sebuah negeri, takut! Mahu mempertahan dia punya bahasa pun takut! Orang Melayu mempertahankan Bahasa Melayu pun takut! Ini budaya takut, so call a culture of fear! Where is the democracy? Where is the basic human right? Where is the freedom? Where is the freedom of speech, when you can’t even defend your own language? (tepukan memanjang)
 
Wah …… Ipoh ini saya tengok ada act sikit, kalau tengok Orang Puteh tengok tepuk kuat dah (Awam: gelak). Jadi, kita, sebab itu negara, bukan saya cakap. Dulu dah ingat, kawan-kawan Syed Husin mesti ingat. Saya cakap ini orang Melayu ramai, orang India pun ramai. Jadi, saya tegas fasal saya cerita tentang Bahasa Cina & Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris, ini biar semua setuju, consensus. Apa, rugi ke? Kalau orang Cina tak pakai Bahasa Cina? Soalnya sekarang ini, Bahasa Melayu semua terima. Kalau ada sekolah Cina diajar Bahasa Melayu kurang baik, kita orang bagi tahu. He have to change to suit the polisi. Biar Bahasa Melayu diajar dengan baik. Tetapi dia tak payah tukar character sekolah Cina.

Sekarang ini, kerajaan kita dalam era globalisasi, dunia sekarang berikan keutamaan kepada Bahasa Inggeris. Saya kata itu OK. Setuju, saya setuju Bahasa Inggeris bahasa penting. Tapi tak payah tukar mata pelajaran Matematik dan Sains. Bahasa Inggeris penting.

Train good English teacher in the school! Train these teachers. Bagi tahu Kementerian Pendidikan. Jangan cakap banyak-banyak, tapi nak kerja tak tahu fikir!

Ini saya hendak cakap sikit. Kalau dia hentam saya banyak teruk, saya tak boleh tak jawab. Dia hentam saya teruk. Tak apalah. Dia itu budak-budak …… Tak payah jawab? (Tanya penonton & dengar) Saya pun tak nak jawab.

Tapi saya nak kata, kalau penting, Bahasa Inggeris,

No. 1, Train …good…English … teachers.

No.2, Send the good English teachers to overseas.

Ajar Bahasa Inggeris dari awal. Berikan intensive English Programme. That is the solution. Itu tiada masalah sama sekali. Now, you check anak-anak kita banyak di sekolah. Do we have good English teachers? Then why these fellows shouting about something?

Dalam soal pendidikan yang saya kira kritikal, Malaysia baru, kita kata settle politic education.

Politik, bahasa dan education, kita patut settle once and for all. Yang pertama, Bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Kita mesti terima sebagai …… (**gangguan rakaman). Kedua, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil. Kita mesti terima sebagai root masing-masing. (**gangguan rakaman) Banyak yang English educated Chinese support that programme. Chinese educated tak mahu Bahasa Inggeris dijadikan bahasa untuk belajar Matematik dan Sains.
 
Padahal, bukan sahaja orang Melayu. Orang Cina! Orang Cina sendiri pun dibuat divide & rule. Sepatutnya kita berikan freedom, kebebasan untuk belajar Bahasa Cina, tetapi Inggeris mesti diberikan keutamaan untuk semua sekolah. (**gangguan rakaman) We kena feel the new national consensus mengenai pendidikan. Tetapi lebih penting lagi ialah mutu pendidikan. Kualiti education. Apatah kita boleh jamin kualiti education negara kita baik, lebih baik dari ini, tingkatkan, dan saya fikir, ini harus jadi fokus pemikiran pendidikan menjaga general standard.  ...............
 

(sekiranya Sdra Alex memperolehi transkrip lengkap, sila emelkan sambungan ucapan ini. Terima kasih)

Alex - 18.11.2004  (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: