![]()
Pesuruhjaya PAS Perlis perlu ditukar
Oleh: Ahli PAS Beseri - Laman M@RHAEN
![]()
Parti-parti pembangkang menang besar pada 8 Mac yang lalu di 5 buah negeri, tetapi hairan bin ajaib perubahan tersebut tidak menjalar ke Perlis sehinggakan Pesuruhjaya Pas Perlis sendiripun gagal mempertahankan kerusinya di DUN Sanglang.
Nasib baiklah kekalahannya digantikan dengan kemenangan di DUN Simpang Empat, kalau tak, pembangkang tidak ada wakil langsung dalam DUN Perlis.
Sebagai penyokong Pas di peringkat bawah, saya rasa sudah sampai masanya kepimpinan Pas di peringkat Pusat memikirkan untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Pas Perlis yang sedang dipegang olih Ustaz Hasyim Jasin kepada pemimpin yang lain pula.
Pas Perlis tak ketandusan pelapis yang mampu menggantikan Pesuruhjaya sekarang. Haji Ismail Ahmad yang pernah menjadi Ketua Pemuda Pas Perlis beberapa tahun yang dulu antara yang mampu diketengahkan sebagai Pesuruhjaya Pas Perlis yang baru. Haji Anuar Tahir ataupun Datuk Harun Din pun layak diketengahkan.
Saya bukanlah nak menyalahkan seratus peratus kekalahan teruk Pas di Perlis kepada Ustaz Hasyim, tetapi saya kecewa walaupun Umno berperang hebat antara kem Shahidan dan Radzi di masa kempen tempohari sehinggakan laporan polis banyak dibuat, tetapi Pas gagal memanfaatkan peluang keemasan sekurang-kurangnya mampu menambah bilangan kerusi di DUN Perlis untuk menjadi pembangkang yang kuat.
Sudah sampai masanya juga Pengarah Pilihanraya Pas Negeri yang sekarang dipegang oleh Karim Mat Rejab digantikan kepada orang lain. Pas Perlis perlukan kepimpinan baru yang lebih segar, terbuka dan berorientasikan rakyat marhaen bukannya kroni tertentu sahaja.
Pemimpin yang baru tentunya dapat mengenengahkan idea yang baru untuk memantapkan lagi Pas di Perlis. Walaupun pandangan ini diberi oleh ahli biasa yang tidak ada jawatan penting dalam parti yang cuma membantu Pas di peringkat cawangan sahaja, tetapi saya sangat berharap supaya Pas Pusat dapat mengambil kira pandangan saya ini.
Tujuannya cuma satu bagi memastikan Pas akan berkembang dengan lebih pesat lagi menjelang pilihanraya ke-13 nanti.
Jika cadangan ini diterima oleh Pas Pusat, saya berharap Pesuruhjaya Pas Perlis yang baru akan melantik muka-muka baru dalam jawatan Dewan Harian. Janganlah diteruskan lagi dengan kroni yang ada sekarang. Wallahua'lam! Allahuakbar!!!
Oleh:
Ahli Pas Cawangan di Beseri Perlis28.04.2008
Emel